awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sertai Biden, pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

Bernama
Bernama
13/05/2022
16:56 MYT
PM sertai Biden, pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia). - Foto BERNAMA
WASHINGTON DC: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).
Mereka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global dalam sesi yang dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang Jumaat (2.30 pagi Sabtu di Malaysia).
Sebelum itu, Ismail Sabri akan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Naib Presiden AS Kamala Harris dan mereka dijangka berbincang mengenai kerjasama maritim, kesihatan serta pemulihan pandemik.
Selepas itu, Harris dan pemimpin ASEAN akan meneruskan perbincangan dalam sesi berasingan serta memfokus kepada tindakan berkaitan isu perubahan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.
Semua sesi pada hari terakhir persidangan dua hari itu akan berlangsung di Jabatan Negara AS di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#presiden as
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan