awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah

Kenyataan Media
Kenyataan Media
06/07/2024
13:51 MYT
PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.- Facebook / Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.
Dalam pesanan sempena sambutan tahun baharu Hijrah 1446 esok, beliau menyeru rakyat beragama Islam untuk berhijrah daripada mungkar kepada makruf, daripada kemelampauan kepada kesederhanaan, dan daripada keangkuhan kepada ketawadukan serta kesyukuran.
Menurut beliau dalam satu kenyataan, umat Islam perlu mengenang peristiwa ulung hijrah Rasulullah dan keberhasilan umat mendirikan kota Madinah yang menuntut sebuah pengorbanan.
Tatkala mengenang peristiwa ulung Hijratur Rasul dan keberhasilan umat mendirikan kota Madinah, harus jua semua pihak mengingat episod derita dan sengsara yang telah menyelubungi umat selama bertahun lamanya.
Namun baginda tetap mendidik umat agar bersabar dan yakin dengan janji-Nya.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua mampu diterbitkan daripada kekuatan rohani.
Jelas beliau, sesebuah daulah akan sentiasa dalam berkat kejayaan selagi mana dipaculkan akhlak dan nilai yang mulia dalam kehidupan masyarakatnya.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Madinah
#Hijrah 1446
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan