PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa gembiranya dengan prestasi hubungan perdagangan antara Malaysia dan Jerman yang disifatkan sebagai aktif dan dinamik, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perkara tersebut dizahirkan dalam perbincangan dua hala antara Anwar dan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock di Perdana Putra, di sini, hari ini.
Mohamad yang turut hadir dalam pertemuan berlangsung kira-kira sejam tersebut berkata Perdana Menteri amat gembira dengan kemajuan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara itu, yang mana Malaysia merupakan rakan dagang utama Jerman dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah US$13 bilion.
"Setiap tahun menokok (dagangan) dan ini jelas menunjukkan hubungan perdagangan yang aktif dan dinamik," katanya kepada media selepas kunjungan hormat Baerbock kepada Anwar itu.
Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak tahun 2000, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Perdagangan Malaysia dan Jerman meningkat sebanyak 7.2 peratus kepada RM58.37 bilion (US$12.81 bilion) dari tempoh Januari hingga November 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2022.
Lawatan julung kali Baerbock ke Malaysia itu menyusul lawatan rasmi Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier ke Malaysia pada Februari 2023 yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan diplomatik.
Mohamad berkata pelaburan syarikat Jerman ke Malaysia juga menunjukkan perkembangan positif dengan penyedia penyelesaian semikonduktor dari Jerman, Infineon, mengumumkan membuka operasi baharu di Kulim, Kedah baru-baru ini.
Menurutnya, semasa pertemuan itu, Anwar turut menyampaikan kepada Jerman bahawa Malaysia sebagai negara maritim dan berdagang mahu melihat Laut China Selatan menjadi laluan bebas dagangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui media selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Kunjungan Hormat Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Malaysia-Pakistan setuju perhebat hubungan dagangan, pelaburan
Shehbaz Sharif dan Anwar setuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
PM sifatkan hubungan dagangan Malaysia-Jerman aktif dan dinamik - Mohamad Hasan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa gembiranya dengan prestasi hubungan perdagangan antara Malaysia dan Jerman yang disifatkan sebagai aktif dan dinamik.
Malaysia mampu manfaatkan tawaran bekalan sumber pertanian dari Rusia - MAFI
Jumlah nilaian dagangan yang dicatatkan oleh kedua-dua negara tahun lalu mencecah sehingga RM14 bilion.
Lawatan Dr Mahathir ke Rusia dijangka tingkatkan lagi hubungan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual tiba esok di Rusia untuk lawatan tiga hari atas jemputan Presiden Rusia Vladimir Putin.