awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/01/2025
03:30 MYT
PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok
Lawrence akan menghadiri Majlis Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya dan seterusnya mengadakan mesyuarat delegasi ALR bersama Anwar. - Foto Facebook/Lawrence Wong
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 6 dan 7 Januari 2025.
Kementerian Luar menyatakan, lawatan ini bertepatan dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (ALR) yang dijadualkan pada 7 Januari 2025.
Beliau akan diiringi oleh isterinya, Puan Loo Tze Lui serta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong bersama beberapa Menteri lain.
"Lawrence akan menghadiri Majlis Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya dan seterusnya mengadakan mesyuarat delegasi ALR bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dalam lawatan ini, kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Singapura dan membincangkan isu serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
"Mereka juga akan menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), enam Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Surat Niat melibatkan bidang pendidikan, wanita dan kebajikan sosial, perubahan iklim, penangkapan serta penyimpanan karbon, pembangunan bandar dan usaha menangani jenayah rentas sempadan," kata kenyataan itu.
Wisma Putra juga menyatakan, Malaysia dan Singapura terus menjadi rakan dagang terbesar antara satu sama lain dengan nilai perdagangan dua hala dari Januari hingga November 2024 mencecah USD78.59 bilion (RM360.12 bilion), meningkat 6.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
"Lawatan ini juga memperingati ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara jiran yang berkongsi hubungan rapat dalam pelbagai bidang," katanya.
Topic Berkaitan
#Lawrence Wong
#lawatan rasmi
#Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura
#Kompleks Perdana Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan