BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2024 di Davos, Switzerland yang berlangsung dari 15 hingga 19 Jan.
Ini menjadikan Srettha perdana menteri Thailand pertama yang menghadiri acara berkenaan dalam tempoh 12 tahun.
Atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, Srettha dijangka mempromosikan potensi ekonomi dan pelaburan Thailand, termasuk projek jambatan darat bernilai 1 trilion baht (AS$28 bilion) semasa WEF.
Beliau juga dijadualkan bertemu dengan eksekutif dari beberapa syarikat multinasional terkemuka.
"Mesyuarat ini dijangka memberi manfaat ekonomi yang besar kepada Thailand melalui perdagangan dan pelaburan dalam bidang-bidang berpotensi di negara ini.
"Saya percaya bahawa kali ini Thailand akan dapat menunjukkan potensinya di pentas dunia," katanya di X.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata perdana menteri akan menghadiri pelbagai mesyuarat dan panel di WEF. Selain sebagai penceramah serta panelis, beliau akan terlibat dalam perbincangan yang menyentuh pelbagai topik, termasuk prospek ekonomi, geopolitik, kelestarian dan peralihan hijau.
"Mesyuarat ini menawarkan peluang yang hebat kepada kedua-dua pihak untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin dunia lain dan menunjukkan kesediaan Thailand untuk bekerjasama dengan semua rakan kongsi untuk mengeratkan hubungan dan menggalakkan lagi perdagangan serta pelaburan," katanya.
Sekurang-kurangnya 2,500 peserta dari seluruh dunia, termasuk ketua-ketua negara/kerajaan dan organisasi antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif, ahli akademik dan tokoh awam berpengaruh akan menghadiri mesyuarat tahun ini yang bertemakan "Rebuilding Trust".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Kahadirannya di WEF menjadikan Srettha perdana menteri Thailand pertama yang menghadiri acara berkenaan dalam tempoh 12 tahun. - Gambar fail
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
WEF24: Guterres gesa langkah segera atasi ancaman perubahan iklim, AI
Dunia tidak mempunyai strategi jelas untuk berdepan dengan ancaman yang dicetuskan oleh perubahan iklim dan kemajuan mendadak AI.