MIRI: Dua lagi projek mega diumumkan di Sarawak petang tadi, dengan fokus pada kali in adalah untuk kawasan di utara negeri itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menamakan dua projek baharu tersebut, adalah Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB).
"Projek ini bakal menghubungkan Miri, Limbang dan Lawas seterusnya ke Sabah melalui dua opsyen jaringan jalan raya.
"Pengguna jalan raya dari Miri ke Limbang dan Lawas boleh melalui negara Brunei Darussalam, menggunakan laluan projek LTB sepanjang 96km yang bakal ditambah baik kepada dua buah lorong dua hala.
"Bagi mereka yang tidak mahu melalui negara Brunei boleh menggunakan Jajaran Fasa 2 Projek SSLR sepanjang 326km yang merupakan kesinambungan Fasa 1 Projek SSLR dari Simpang Gelugus ke Long Lopeng sepanjang 77km," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Projek Pan Borneo Sarawak, melibatkan Seksyen Pujut bagi Pakej Kerja Sungai Tangap – Jalan Pujut Link WPC 11 di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Projek ini katanya lagi, melibatkan kos berjumlah RM10.62 bilion dan akan membolehkan penduduk di Miri, Limbang dan Lawas menikmati jaringan jalan raya yang lebih baik, selamat dan selesa.
Mengenai Projek Pan Borneo yang dirasmi pada Ahad, ismail berkata, ia penting untuk mewujudkan kitaran ekonomi tempatan, dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.
"Pelaksanaan projek-projek seperti ini membuka lebih banyak peluang kepada Keluarga Malaysia di Sarawak untuk sama-sama terlibat sama ada sebagai perunding, pembekal mahupun kontraktor," tambahnya.
Projek ini juga katanya bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan Sarawak Corridor Of Renewable Energy (SCORE) bagi membolehkan negeri itu mencapai taraf negeri maju seperti yang dirancang.
Katanya lagi, pelaksanaan projek ini diyakini akan mengulangi kejayaan projek-projek lebuh raya di Semenanjung dan menjayakan transformasi pembangunan luar bandar.
Ia juga bakal memperluaskan jaringan pengangkutan dan keterhubungan antara pekan serta daerah ke pusat pertumbuhan yang berpotensi seperti pelabuhan, kawasan perindustrian dan pusat-pusat komersial di sepanjang jajarannya.
Astro Awani
Sun Aug 07 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika gimik perasmian Pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Pujut (WPC11) hari ini. - Foto BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Presiden Xi Jinping adakan lawatan ke Jiangxi
Presiden Xi Jinping berkata keutamaan ekologi perlu ditekankan dalam pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze.
Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis
Abdul Rais berkata, isu yang dibangkitkan oleh penduduk perlu diambil berat khususnya membabitkan kualiti hidup.
PM minta PBT beri perhatian pembangunan bandar seimbang
Keadaan agak 'tenat' kerana perancangan bandar sebelum ini mempunyai kelemahan dengan menjurus kepada pembangunan semata-mata.
Pelbagai projek pembangunan mega menanti penduduk Padang Besar - Zahidi
Antara projek sedang dan akan dilakukan adalah projek Perlis Inland Port (PIP), Tank Farm minyak dan gas, serta Hospital Digital Padang Besar.
PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara
Dua lagi projek mega diumumkan di Sarawak petang dengan fokus pada kali ini adalah untuk kawasan di utara negeri itu.
Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi melonjak.
Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan BN zaman beliau mengambil pendekatan wujudkan projek mega, bagi menghasilkan peluang pekerjaan.
Lim Guan Eng gembira majlis pemeteraian MoU projek mega disaksi PM Malaysia, China
CZBUCG merupakan syarikat usaha sama dengan BUCG yang telah dilantik bagi menjalankan projek tersebut.
Kerajaan pantau 92 projek "sakit" seluruh negara - Mustapa
Kerajaan sedang memantau 92 projek 'sakit' di seluruh negara yang berlaku kelewatan melebihi waktu ditetapkan iaitu dalam tempoh dua bulan atau 20 peratus berbanding jadual pelaksanaan.
Sasaran pragmatik dalam RMK-12 mampu dicapai
Langkah itu mengambil kira kekangan kewangan kerajaan dalam melindungi kehidupan serta memajukan ekonomi susulan pandemik COVID-19.