awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monyet gunung agresif, berbahaya kepada pengunjung di Taman Rekreasi Gunung Lang
Neymar mulakan pemulihan, sasar tempat dalam skuad Piala Dunia 2026
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM, Volker Turk bincang usaha memperingati UDHR75

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2023
23:18 MYT
PM, Volker Turk bincang usaha memperingati UDHR75
Anwar berkata, Malaysia menyokong inisiatif diambil Pesuruhjaya Tinggi Trk sejajar dengan keutamaan kerajaan untuk mengangkat martabat dan menegakkan hak asasi manusia. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, TYT Volker Türk, pada Sabtu.
Anwar menerusi Facebooknya memaklumkan, perbincangan itu tertumpu berkenaan inisiatif yang diambil oleh pejabatnya bagi memperingati Ulang Tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR75).
“Beliau juga telah memanjangkan jemputan kepada Malaysia untuk menghadiri acara peringkat tinggi sambutan tersebut,” katanya.
Jelas beliau, Malaysia menyokong inisiatif yang dilaksana oleh Pesuruhjaya Tinggi Türk sejajar dengan keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat dan menegakkan hak asasi manusia di bawah kerangka Malaysia Madani.
“Kami juga bertukar pandangan mengenai cabaran dalam melindungi dan menegakkan hak asasi manusia seiring realiti geopolitik semasa.
“Saya menjemput Pesuruhjaya Tinggi Türk untuk melawat Malaysia dan mengulangi komitmen Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan beliau bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#UDHR75
#Pesuruhjaya Tinggi PBB
#Voker Turk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan