Skip to main content

Malaysia

PMKS dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum baharu buat masa ini - Sim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kemampuan sektor berkenaan yang berdepan tekanan kos operasi serta cabaran ekonomi semasa. - Gambar fail
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kemampuan sektor berkenaan yang berdepan tekanan kos operasi serta cabaran ekonomi semasa. - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Jemaah Menteri bersetuju perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini.
  • Keputusan ini dibuat kerana sektor PMKS berdepan tekanan kos operasi dan cabaran ekonomi semasa, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
  • Kerajaan akan membantu meningkatkan gaji pekerja PMKS melalui subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif selari peningkatan produktiviti.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju agar perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kemampuan sektor berkenaan yang berdepan tekanan kos operasi serta cabaran ekonomi semasa.

“Kerajaan akan mengambil pendekatan lain untuk membantu meningkatkan gaji pekerja dalam sektor PMKS termasuk sokongan subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif agar kenaikan gaji bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau berkata isu gaji minimum itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Sim berkata Kabinet bersetuju bahawa gaji rakyat perlu terus ditingkatkan namun perniagaan tempatan khususnya PMKS juga perlu dilindungi.

Advertisement

Beliau berkata kerajaan mahu memastikan kebajikan pekerja terbela dengan gaji yang lebih wajar manakala PMKS kekal berdaya saing untuk terus berkembang dan menjana peluang pekerjaan.

Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata kerajaan belum membuat keputusan berhubung kadar baharu gaji minimum termasuk dakwaan ia bakal dinaikkan kepada RM2,000 atau RM2,100 dan RM2,200.

Ramanan berkata sebarang pengumuman mengenai kadar baharu itu hanya akan dibuat selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media sebelum ini melaporkan Anwar memaklumkan kadar gaji minimum RM1,700 dijangka dinaikkan, dengan perinciannya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Okt ini.

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah keputusan Jemaah Menteri berkaitan kenaikan kadar gaji minimum untuk PMKS? 
    A: Jemaah Menteri bersetuju agar perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu buat masa ini.
  • Q: Apakah sebab PMKS dikecualikan daripada kenaikan kadar gaji minimum baharu? 
    A: Keputusan ini dibuat kerana mengambil kira kemampuan sektor PMKS yang berdepan tekanan kos operasi serta cabaran ekonomi semasa.
  • Q: Apakah langkah yang akan diambil kerajaan untuk meningkatkan gaji pekerja sektor PMKS? 
    A: Kerajaan akan mengambil pendekatan lain termasuk sokongan subsidi gaji di bawah Dasar Gaji Progresif agar kenaikan gaji bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti.
  • Q: Adakah kerajaan telah membuat keputusan mengenai kadar baharu gaji minimum? 
    A: Kerajaan belum membuat keputusan berhubung kadar baharu gaji minimum dan sebarang pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri termasuk Perdana Menteri.
  • Q: Bilakah perincian mengenai kenaikan kadar gaji minimum dijangka diumumkan? 
    A: Perincian mengenai kenaikan kadar gaji minimum dijangka akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Must Watch Video

Advertisement