awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Penduduk Pasir Linggi bina bangsal buluh sepanjang Monsun Timur Laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Hamzah Zainudin

Bernama
Bernama
05/01/2021
05:33 MYT
PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Hamzah Zainudin
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, kesemua lantikan dibuat oleh Pengerusi PN itu selepas bermesyuarat bersama Majlis Tertinggi PN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Seramai 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) hari ini dilantik, termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi BPN Johor.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, kesemua lantikan dibuat oleh Pengerusi PN itu selepas bermesyuarat bersama Majlis Tertinggi PN.
“Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula dipilih mengetuai BPN Terengganu, manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Pengerusi BPN Kelantan.
“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi BPN Selangor dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi BPN Perak,” katanya.
Beliau berkata mereka yang lain adalah; Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (Pengerusi BPN Kedah), Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (Sabah), Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah (Pahang) dan Pengerusi Parti Bersatu Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith (Negeri Sembilan).
Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahaya (Pulau Pinang), Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli (Perlis), EXCO Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Melaka), Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak) dan Setiausaha Kerja Bersatu Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persekutuan).
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Azmin Ali
#Saifuddin Abdullah
#Ahmad Yakob
#PAS
#Facebook
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Hamzah Zainudin dal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan