KUALA LUMPUR :Perikatan Nasional (PN) menzahirkan sokongan penuh terhadap Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz minggu lalu.
Katanya, ia merupakan kesinambungan empat pakej ransangan dan pemulihan ekonomi yang diumumkan Kerajaan PN sebelum ini, bernilai RM305 bilion keseluruhannya.
"Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322.5 bilion merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara.
"Ia merangkumi lebih RM4.2 bilion untuk mengurangkan beban rakyat, lebih RM4 bilion kepada barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 dan RM3 bilion untuk menjana 500,000 pekerjaan.
"Kesemua ini adalah manifestasi komitmen serta keprihatin Kerajaan PN dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, terus terbela dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.
"Sehubungan itu, amatlah wajar agar kesemua pihak mendukung titah Yang di-Pertuan Agong agar mengutamakan rakyat dalam tempoh yang amat mencabar buat negara," kata PN dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, Kerajaan PN tidak pernah berkompromi dalam usaha melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.
"Sehubungan itu, gandingan bahu setiap pihak amat penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi demi kesejahteraan bersama," jelas kenyataan itu lagi.
Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.
Fareez Azman
Tue Nov 10 2020

Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lepas.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

AWANI Ringkas: PKP penuh? Tunggu pengumuman | 11 kematian dua hari berturut-turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak cukup dalami ilmu agama punca rasuah berleluasa - Hussamuddin
Ramai orang Islam tidak memahami konteks ajaran agama Islam sehingga sanggup melibatkan diri dengan gejala rasuah.

Gerakan banteras rasuah, gerakan semua pihak
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, gerakan perangi rasuah itu perlu bermula daripada akar umbi sendiri dan digerakkan antara rakyat sesama rakyat.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

PM Itali serah surat peletakan jawatan dalam usaha bentuk gabungan baharu
Pentadbiran Conte mula goyah selepas Bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.

Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM
Kesan besar COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MKB.

TPB2030 diperkenal, perkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera - Mohd Redzuan
Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hari ini memperkenalkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) pada Selasa.

Demokrasi atau monarki, tetap akan gagal jika pemimpinnya korup - Tun M
"Bukan sistem (kerajaan) itu yang menjadi masalah, sebaliknya mereka yang mengendalikan sistem itu," kata Tun Dr Mahathir.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Perdana Menteri Itali letak jawatan susulan pergolakan politik
Pentadbiran Conte mula goyah selepas bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.

COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat
Pilihan raya demokrasi menjadi bahagian penting dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan demokrasi.

Malaysia boleh dipimpin PM wanita, tapi proses itu ambil masa - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan seorang pemimpin wanita akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti.

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.