awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil 13 individu bantu siasatan perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir'

Bernama
Bernama
14/08/2022
14:11 MYT
Polis akan panggil 13 individu bantu siasatan perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir'
Polis akan memanggil 13 individu bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil 13 individu bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata ia susulan kertas siasatan yang dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.
"Kita (polis) mendapati lebih kurang 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, ahli parti politik serta beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata individu berkenaan telah mengadakan perhimpunan sambil memegang beberapa plakad dan kain rentang bertulis antaranya 'Keselamatan Negara Terancam Kesiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Terjejas', 'H20 Letak Jawatan' dan 'Siasat Di Mana Kapal'.
Perhimpunan yang bermula pada 2 petang itu berlangsung secara aman dengan kehadiran kira-kira 100 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengawal situasi serta lalu lintas di lokasi terbabit dan semua yang hadir beredar sejam kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perhimpunan LCS
#Mana Kapal Tempur Pesisir
#pusat beli belah
#Jalan Tuanku Abdul Rahman
#Polis Daerah Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan