awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS gagalkan cubaan empat warga China masuk Malaysia
UAE tarik keluar baki pasukan dari Yaman selepas krisis dengan Arab Saudi
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil individu sebar video, mesej lucah didakwa melibatkan pendakwah

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2021
06:42 MYT
Polis akan panggil individu sebar video, mesej lucah didakwa melibatkan pendakwah
Polis mengesahkan siasatan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal masih diteruskan.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan siasatan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal masih diteruskan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Jumaat bagi mengulas penyebaran video dan mesej lucah menerusi media sosial yang didakwa merupakan bukti kes tersebut.
Menurutnya, pihaknya masih dalam proses mengenal pasti individu dan mangsa yang menyebarkan bukti itu bagi membantu siasatan.
“Kes baharu itu masih dalam siasatan. Individu yang menyebarkan semua maklumat itu akan dipanggil.
“Tetapi, saya tidak mahu sahkan sama ada perkara itu melibatkan seorang pendakwah atau mangsa yang sama sebelum ini,” katanya pada sidang media berkenaan.
Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, penyebaran bukti sebegitu dalam media sosial telah menyebabkan siasatan asal sedikit terganggu.
“Patuhilah undang-undang sedia ada kerana kita tidak mahu dengan kenyataan disebarkan akan mengganggu siasatan polis yang telah dijalankan dengan terperinci.
“Kita mohon kepada semua pihak, walaupun mempunyai maklumat yang boleh membantu, tidak perlu disebarkan melalui media sosial.
“Hantar terus kepada polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan seterusnya merujuk ke pejabat Peguam Negara,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#pendakwah
#gangguan seksual
#polis
#video
#mesej lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan