awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis belum terima laporan murid digigit guru

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2023
09:38 MYT
Polis belum terima laporan murid digigit guru
Muhamad Zaki menyeru ibu kepada murid tersebut tampil ke balai polis berhampiran. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan seorang murid digigit di bahagian bibir oleh gurunya walaupun kejadian itu tular sejak Ahad lalu.
Ketua Polis Negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya telah menyemak dengan semua ketua polis daerah, namun tiada laporan yang diterima.
"Jadi saya menyeru ibu kepada murid tersebut tampil ke balai polis berhampiran.
"Sekiranya ibu tersebut mahu mengambil tindakan undang-undang, dia sepatutnya sudah membuat laporan polis," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini, pada Rabu.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan ibu kepada murid yang didakwa digigit seorang guru melahirkan rasa bimbang melihat situasi terkini anak lelakinya yang mengalami emosi tidak stabil dan kurang selera makan.
Katanya, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu juga sering mengamuk, berguling-guling serta berasa takut dan tidak mahu ke sekolah.
"Sebagai ibu, saya bimbang melihat keadaan anak selepas kejadian yang berlaku Khamis lalu
"Kebiasaannya dia seorang yang ceria. Saya telah berjumpa pihak pentadbiran sekolah dan akan mengambil tindakan undang-undang di atas apa yang berlaku" ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gigit murid
#laporan polis
#Polis Kelantan
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan