awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berkas lelaki samun lapan premis seminggu

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2022
22:45 MYT
Polis berkas lelaki samun lapan premis seminggu
Ahmad Ridhwan (tengah) menunjukkan pistol palsu yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah samun sejak seminggu lalu. - Foto Sinar Harian
BANTING: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan lapan kes samun dalam tempoh seminggu secara bersendirian bersenjatakan pistol palsu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di Sungai Buaya kira-kira jam 8.40 pagi Selasa.
Menurutnya, polis menemui beberapa barangan dan wang disyaki hasil kegiatan samun di sekitar daerah Kuala Langat dan Klang termasuk sepucuk pistol palsu berwarna hitam bersama satu unit kelopak tanpa peluru, sebilah pisau, telefon bimbit jenama Oppo dan wang tunai berjumlah RM87.
"Susulan tertangkapnya suspek yang baru aktif sejak seminggu lalu itu, polis percaya telah menyelesaikan lapan kes samun di sekitar kawasan Banting, Sungai Jarom dan Klang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, antara kes yang berjaya diselesaikan ialah samun kedai runcit di Taman Rambai Indah, Jalan Sungai Buaya dan Kampung Kanchong manakala kedai serbaneka di Bandar Saujana Putra, klinik di Rimbayu dan samun mendatangkan kecederaan di sebuah kedai runcit di Telok Gong, Pelabuhan Klang.
Beliau berkata, suspek kini direman tiga hari dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#samun
#pistol palsu
#suspek
#Ahmad Ridhwan Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan