awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berpakaian biasa di lokasi tumpuan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2021
22:33 MYT
Polis berpakaian biasa di lokasi tumpuan
Mohamad Noor menemui pengunjung sebuah pusat beli-belah di sini bagi mengingatkan mereka terhadap pematuhan SOP sempena Operasi Khas Pemantauan PKPP di sini pada Rabu. - Sinar Harian
KUANTAN: Polis Daerah Kuantan menempatkan pegawai dan anggota berpakaian biasa di kawasan tumpuan bagi memantau pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pengunjung.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata, masih terdapat individu memandang remeh pematuhan SOP terutama pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Menurutnya, orang ramai akan memakai alat perlindungan itu dengan sempurna selepas menyedari kehadiran anggota polis.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana arahan terhadap pemakaian pelitup muka di kawasan awam telah lama dikuatkuasakan," katanya selepas menyertai Operasi Khas Pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar Bandar Kuantan di sini pada petang Rabu.
Mohamad Noor berkata, polis bukan mahu mencari salah tetapi terpaksa bertindak lebih tegas dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
Beliau turut menyarankan orang ramai tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke lokasi tumpuan ramai termasuk bazar Aidilfitri, bazar Ramadan dan pusat beli-belah bagi mengelak risiko jangkitan.
"Sekarang belum ada larangan kanak-kanak dan warga emas ke lokasi ini namun kita syorkan mengelakkan lokasi itu untuk kepentingan bersama," katanya.
Tambah beliau, polis akan menggerakkan seramai mungkin anggota bagi memantau pergerakan orang ramai yang dijangka keluar membeli-belah bagi persiapan Aidilfitri pada saat akhir.
"Kita jangkakan bilangan pengunjung ke pusat beli-belah dan tapak perniagaan di daerah ini akan meningkat pada Jumaat hingga Ahad ini," katanya.
Pada operasi bermula jam 4 petang itu, seramai 12 pegawai dan 27 anggota digerakkan melalui pecahan kumpulan dengan tumpuan kepada 18 lokasi tumpuan di daerah ini.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#polis
#pakaian preman
#pakaian biasa
#pemantauan
#lokasi tumpuan
#SOP
#PKP
#pematuhan SOP
#pelitup muka
#penjarakan fizikal
#Mohd Noor Yusof Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan