awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis berpangkat koperal dijumpai mati selepas bergelut dengan isteri

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
21/07/2016
05:58 MYT
Polis berpangkat koperal dijumpai mati selepas bergelut dengan isteri
Mangsa berusia 31 tahun dari Johor dikatakan cedera di bahagian dada manakala isterinya berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. - Gambar Astro AWANI
Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas berlaku pergelutan bersama isterinya sebelum mangsa tertembak dalam rumahnya di sebuah blok apartment Cyber City di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dari Johor dikatakan cedera di bahagian dada manakala isterinya berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang mendengar satu bunyi letupan kuat di kawasan berkenaan.
Kesan tembakan
Mangsa dijumpai maut dengan kesan tembakan di dada. - Gambar Astro AWANI
"Mangsa ditemui mati terbaring di ruang dengan kesan tembakan di dada.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat, manakala isterinya ditahan untuk diambil keterangan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Salehuddin Abdul Rahman
#Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas berlaku pergelutan bersama isterinya sebelum mangsa tertembak dalam rumahnya di sebuah blok apartment Cyber City di sini pagi tadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan