awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan

Bernama
Bernama
09/01/2025
11:22 MYT
Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Norhizam berkata pihaknya turut merampas mesin bitcoin bernilai RM121,800, peralatan elektronik dan dua kenderaan. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan dipercayai dijadikan markas aktiviti haram itu di daerah Sepang semalam.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata operasi bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang bermula kira-kira 12 tengah hari di Dengkil, Bandar Baru Salak Tinggi dan Putra Perdana, Selangor itu membawa kepada penahanan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 30 dan 45 tahun.
Norhizam berkata pihaknya turut merampas mesin bitcoin bernilai RM121,800, peralatan elektronik dan dua kenderaan.
"Siasatan mendapati premis ini melakukan penyambungan bekalan elektrik secara haram yang menyebabkan kerugian berjumlah RM384,806.
"Dipercayai kegiatan ini telah aktif sejak empat bulan lepas dan kesemua individu ini berperanan sebagai penjaga premis," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat menjalankan pemantauan bagi membendung aktiviti haram seumpama itu kerana ia melanggar undang-undang.
Dalam kes berasingan, Norhizam berkata sepanjang Disember lepas, pihaknya telah menumpaskan kegiatan curi kabel di kawasan kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang dengan penahanan tiga lelaki warga tempatan berusia antara 30 dan 45 tahun yang memiliki rekod jenayah dan dadah.
Tambah beliau, siasatan mendapati kesemua suspek itu mencuri kabel bawah tanah di 14 lubang benam sekitar UNITEN sepanjang kira-kira dua kilometer membabitkan kerugian RM250,000.
"Taktik kumpulan ini ialah menggunakan kereta sewa atau kenderaan bukan milik mereka bagi mengelakkan daripada mudah dikesan dan mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek itu telah dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sepang dan telah dijatuhkan hukum penjara selama enam bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlombongan bitcoin
#Polis Sepang
#TNB
#bekalan elektrik haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan