awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman

Bernama
Bernama
01/02/2023
21:45 MYT
Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis sedang menyiasat video tular berhubung kenyataan seorang wanita berbaur perkauman.
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung pengguna TikTok yang menggunakan nama 'fatinamyralee' yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata pada Selasa, polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sehingga kini percakapan saksi telah dirakam dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini.
"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkauman
#konsert
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan