awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan kes perlahankan laungan azan

Bernama
Bernama
01/07/2023
16:12 MYT
Polis buka kertas siasatan kes perlahankan laungan azan
Pada masa sama, polis mengingatkan supaya jangan mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam.
KEPALA BATAS: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung laporan terhadap seorang lelaki yang meminta memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar di Sungai Puyu, Butterworth dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Siti Nor Salawati Saad berkata kertas siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis telah terkesan melalui media sosial pada hari ini berhubung penyebaran menuntut agar masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu, Butterworth dalam daerah SPU.
"Sebelum ini, pada 28 Jun satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penduduk tempatan berkaitan tindakan seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali memintanya memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam.
Katanya polis juga boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laungan azan
#pulau pinang
#laporan polis
#Sungai Puyu
#Azan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan