awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buka kertas siasatan orang ramai berkumpul di kuil

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2021
05:28 MYT
Polis buka kertas siasatan orang ramai berkumpul di kuil
Tular video memaparkan deretan kereta dan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di daerah ini pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Polis memulakan siasatan berhubung video tular menunjukkan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di Jeram yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis akan memanggil penganjur berkaitan isu pematuhan SOP terbabit.
Menurutnya, video berdurasi satu minit itu dikesan tular di media sosial menunjukkan orang ramai berkumpul seperti tidak mematuhi SOP PKPB di kuil terbabit.
"Polis telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur terbabit," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Ramli berkata, pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di semua lokasi bagi memastikan SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilaksanakan.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / Peraturan 19 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya.
Sebelum ini tular video memaparkan deretan kereta dan orang ramai berkumpul di sebuah kuil di daerah ini pada Ahad.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis buka kertas siasatan orang ramai berkumpul di kuil
Topic Berkaitan
#kuil
#video tular
#Jeram
#SOP
#PKPB
#Ramli Kasa
#MKN
#Majlis Keselamatan Negara
#perintah kawalan pergerakan
#Kuala Selangor
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan