awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Trump serang Iran tanpa kebenaran Kongres - Ahli Parlimen AS
DUNIA
Ratusan wartawan VOA dipecat ketika Trump laksana penstrukturan besar-besaran
DUNIA
Pegawai Iran sahkan sebahagian tapak Fordow diserang dalam 'serangan udara musuh'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Polis buru dua suspek cubaan samun bersenjata di Hulu Selangor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/06/2025
21:40 MYT
Polis buru dua suspek cubaan samun bersenjata di Hulu Selangor
Polis sedang memburu dua lelaki kerana disyaki cuba melakukan samun bersenjata di sebuah kedai di Hulu Selangor pada awal pagi 18 Jun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis giat memburu dua lelaki disyaki warga tempatan yang terlibat dalam satu cubaan samun bersenjata di sebuah premis kedai di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor, baru-baru ini.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Mohd Asri Mohd Yunus, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 6.42 pagi, Rabu minggu lalu.
"Satu hantaran video yang tular di media sosial menunjukkan dua individu berpakaian hitam, bertopi, bertopeng muka dan bersenjatakan parang menyerang seorang lelaki tempatan di dalam premis berkenaan," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek telah memasuki premis tersebut melalui pintu belakang sebelum cuba menyerang mangsa menggunakan parang.
Bagaimanapun, jeritan mangsa telah menyebabkan suspek panik dan melarikan diri tanpa sempat mengambil sebarang barang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132 atau Pegawai Penyiasat, Insp. Muhammad Saful Abdul Rahman di talian 013-5547435.
Topic Berkaitan
#polis buru
#samun bersenjata
#Hulu Selangor
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami