awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2025
13:11 MYT
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Wan Azlan berkata, kejadian itu terbongkar susulan laporan polis diterima daripada seorang doktor sebuah klinik kesihatan pada Sabtu. - Foto hiasan/Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata kejadian itu terbongkar susulan laporan polis diterima daripada seorang doktor sebuah klinik kesihatan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa disahkan hamil 10 minggu dan disyaki dirogol rakan lelakinya.
"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa berkenalan dengan suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an sejak November lalu.
"Bermula daripada perkenalan itu, mangsa dan suspek beberapa kali melakukan hubungan seks di rumah suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Azlan menambah mangsa yang menetap di Petaling Jaya, tidak berani memaklumkan keadaan dia yang hamil kepada keluarga dan hanya berkongsi perkara itu dengan seorang rakannya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol dan jika sabit kesalahan dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Vanitha Balakrishnan di talian 017-2229832 atau 03-78627222 untuk membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Klinik kesihatan
#seks
#rogol
#hamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan