Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta polis supaya menggunakan apa juga cara yang ada untuk menghentikan protes 'Baju Merah' yang dirancang di ibu negara, 16 Sept ini.
Katanya ini kerana terdapat risiko mengundang kejadian yang tidak dingini berlaku, sekali gus memberi kesan negatif kepada kestabilan politik, ekonomi dan keharmoniam kaum di negara ini.
"Protes 'Baju Merah' memang berasaskan kaum dan tidak boleh dibenarkan berlaku. Peristiwa sedemikian boleh mengancam kestabilan negara dan boleh memusnahkan ekonomi negara kita.
"Saya bimbang akhirnya rakyat Malaysia sendiri yang akan menjadi mangsa di atas perbuatan mereka ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Penganjuran 'Himpunan Rakyat Bersatu' atau digelar protes 'Baju Merah' dikatakan akan diadakan pada 16 Sept sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lepas.
Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata MIC secara konsisten menentang budaya demonstrasi jalanan dan tidak membenarkan sebarang percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui tindakan itu (demonstrasi jalanan).
Katanya MIC juga telah menjelaskan pendiriannya terhadap perhimpunan Bersih 4 dan melarang anggotanya daripada menyertai perhimpunan itu, manakala tindakan boleh diambil terhadap mana-mana anggota MIC yang mengambil bahagian.
Beliau berkata parti itu juga mengutuk tindakan beberapa peserta Bersih 4 yang menghina beberapa pemimpin politik utama negara dengan memijak poster mereka.
"Semua tindakan ini adalah sebagai budaya asing kepada cara politik yang telah diamalkan di negara ini selama ini. Kita juga bimbang pengimportan budaya politik jalanan yang serupa dengan apa yang telah diamalkan di negara lain," katanya.
Dr Subramaniama berkata tindakan menerusi budaya politik jalanan yang diimport boleh menjadi berbahaya dan memudaratkan keharmonian berbilang kaum dan agama di negara ini.
Katanya pihaknya menyeru semua pihak menghentikan daripada mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi yang boleh memburukkan keadaan dalam suasana ekonomi yang tidak menentukan ketika ini.
"Janganlah kita memecahkan perpaduan rakyat Malaysia pada sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, tetapi menggunakannya sebagai satu peluang untuk menyatu padu dan menggalakkan semangat inklusif dalam alam politik negara," katanya.
Bernama
Sat Sep 12 2015
SUBRAMANIAM: Protes baju merah memang berasaskan kaum dan tidak boleh dibenarkan berlaku.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.
Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.
'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.
Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.
'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
Rafizi menersi laman Twitternya meminta supaya Jamall berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis
Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberepa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.
'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor
Program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April tahun depan.
'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan
Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.
Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.