awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2018
03:40 MYT
Polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala
Anggota polis yang ditemui mati berdekatan rumahnya itu masih belum berkahwin dan baru beberapa hari ditugaskan di balai polis berkenaan. - Foto PDRM
Anggota polis berpangkat lans koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala berhampiran kediamannya di Balai Polis Pekan Baharu di sini pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata, mayat anggota polis berusia 29 tahun itu ditemui jam 6.15 pagi tadi di tepi rumahnya.
"Punca kematian kita masih belum tahu dan sedang siasat. Ada satu kesan tembakan yang menembusi kepala mayat.
"Setakat ini, polis belum mengenal pasti senjata yang digunakan tetapi mengesyaki ia daripada senjata yang dia ada," katanya pada sidang media di Balai Polis Pekan Baharu.
Razarudin berkata, polis masih menyiasat motif kejadian termasuk sama ada anggota terbabit menembak diri sendiri, tertembak atau ada unsur lain.
Beliau berkata, anggota berkenaan masih belum berkahwin dan baru ditugaskan di balai polis berkenaan kira-kira dua hari lalu.
Ujarnya, sebelum ini anggota polis berkenaan bertugas bersama pasukan petugas khas Unit Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).
Topic Berkaitan
#Ipoh
#kepala
#mati
#Pekan Baharu
#polis
#Razarudin Husain
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan