awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Dungun kesan individu pandu kereta lawan arus

Bernama
Bernama
16/04/2022
05:00 MYT
Polis Dungun kesan individu pandu kereta lawan arus
Lokasi kereta dalam video tersebut dikesan berlaku antara jalan dari Kampung Kuala Abang ke persimpangan Tanjung Jara. -Video tular
KUALA TERENGGANU: Polis sedang mengesan seorang individu memandu sebuah kereta berwarna kelabu secara melawan arus di jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan dekat Dungun seperti dalam video yang tular di sosial media sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata lokasi kereta dalam video tersebut dikesan berlaku antara jalan dari Kampung Kuala Abang ke persimpangan Tanjung Jara.
"Kita telah menghubungi individu yang memuat naik video ini di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana perbuatan ini sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Diharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil untuk membantu siasatan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Video Tular | Polis cari individu memandu lawan arus
Melalui video berdurasi 27 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna kelabu dipandu secara berbahaya melawan arus di jalan tersebut.
Baharuddin berkata model dan nombor pendaftaran kereta tersebut masih belum dapat dikenal pasti namun berdasarkan pemantauan awal di Facebook, kejadian dipercayai berlaku pada 7 pagi semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawan arus
#kereta berwarna kelabu
#jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan