awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipuan, tahan 15 lelaki

Bernama
Bernama
29/05/2025
16:30 MYT
Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipuan, tahan 15 lelaki
Datuk M Kumar berkata berdasarkan siasatan, sindiket berkenaan beroperasi pada Mac lepas dengan menjadikan premis itu sebagai pusat panggilan. - Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menahan 15 lelaki termasuk seorang warga tempatan selepas menggempur sebuah banglo di Batu Pahat yang disyaki dijadikan sarang sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian, Ahad lepas.
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata serbuan dijalankan kira-kira 5.15 pagi dan polis turut merampas 14 komputer riba serta 19 telefon bimbit dianggarkan bernilai RM30,000 yang disyaki digunakan dalam kegiatan penipuan itu.
"Kesemua 14 warga asing dan seorang lelaki tempatan itu berusia antara 21 hingga 38 tahun. Mereka disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, sindiket berkenaan beroperasi pada Mac lepas dengan menjadikan premis itu sebagai pusat panggilan.
Ahli sindiket didapati menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk berkomunikasi dan menawarkan kerja dalam talian yang tidak wujud dengan menyasarkan mangsa dari Rusia.
Kumar berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya telah diarahkan mendapatkan beberapa keterangan lain bagi menguatkan keterangan kes.
"Sehubungan itu, polis memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menjadikan Johor sebagai tapak untuk menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#15 lelaki ditahan
#banglo diserbu
#Batu Pahat
#tawaran kerja dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan