MUAR: Polis mengesahkan video tular pergaduhan membabitkan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang menggunakan tongkat berlaku di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, dekat Pagoh pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan polis mengenai kejadian yang berlaku pada jam 1.58 petang itu telah dibuat di Balai Polis Pagoh.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
"Kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu warga tempatan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur ternampak sebuah kenderaan Mitsubishi Lancer berwarna merah dipandu suspek menggunakan laluan kecemasan dan bertindak menghalang kenderaan itu.
"Akibat daripada tindakan itu, telah berlaku pertengkaran mulut dan suspek juga mengetuk cermin kereta milik lelaki tempatan dengan sebatang tongkat sebelum beredar dari lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.
Menurut Raiz Mukhliz, polis giat mengesan suspek bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 53 (1) Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.
Sebelum itu, tular video berdurasi 54 saat membabitkan lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer dengan pemandu Toyota Innova dipercayai warga tempatan.
Kejadian itu dilihat berlaku ketika lebuh raya sesak dan pemandu Mitsubishi dilihat cuba melanggar seorang lelaki sebelum keluar dari kenderaan membawa tongkat kayu dan memukul pemandu Toyota Innova.
Bagaimanapun, pengguna jalan raya lain yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 10 2024
Tangkap layar video tular insiden pergaduhan di lebuh raya dekat Pagoh pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Polis panggil kanak-kanak letak batu, paku di jalan Semporna
Seorang kanak-kanak dan ibu bapanya dipanggil ke balai polis kerana meletakkan objek seperti batu, kayu serta paku di atas jalan di Semporna.
Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.
Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Polis meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video yang memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lepas.
Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.
Lelaki dipukul individu dipercayai majikan selepas mengadu sakit
Gara-gara dikatakan mengadu sakit, seorang lelaki dipukul individu dipercayai majikannya di sebuah jeti dipercayai di Pulau Ketam, Klang menerusi satu video yang tular pada Jumaat.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang tadi menerusi satu pautan di aplikasi X.
Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.
Murid dihukum belajar atas lantai kerana tak bayar yuran sekolah
MA 'dihukum' oleh guru kelasnya kerana mempunyai tunggakan yuran sekolah selama tiga bulan.
Tindakan Ronaldo tular, terima pujian peminat
TINDAKAN Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan dengan sikap terpujinya ketika menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai baru-baru ini.