KOTA BHARU: Polis Kelantan memburu tiga lelaki dipercayai menyamun sebuah kedai pajak gadai emas dekat Jalan Besar di Pasir Mas, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, semalam.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada mangsa pada 4.45 petang yang memaklumkan tiga lelaki bertopeng telah menggunakan senjata menyerupai pistol dan pisau menyamun kedainya.
"Mangsa bersama lima pekerjanya telah diikat serta dipaksa berada di bawah meja sebelum penyamun itu mengarahkan mangsa membuka laci di dalam peti besi.
"Suspek turut meminta mangsa mengisi wang tunai dianggarkan berjumlah RM1,000,000 dan pelbagai barangan kemas di dalam beg yang telah disediakannya," katanya dalam kenyataan hari ini, yang turut menambah suspek juga telah melarikan kereta Jenis Perodua Alza berwarna putih milik mangsa.
Muhamad Zaki berkata bertindak atas laporan dan maklumat yang diterima, pihaknya telah mengadakan Op Tutup dan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh Kelantan serta mengatur gerak pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA) ke pintu-pintu sempadan dengan Thailand dan juga pangkalan haram bagi mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan.
"Susulan daripada itu, lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, sepasukan pegawai dan anggota Strike Force Kompeni B Batalion 8 PGA yang membuat rondaan di kawasan Kuala Jambu, Pengkalan Kubor telah ternampak kenderaan milik mangsa ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan yang mencurigakan.
"Kenderaan tidak berkunci dan kunci kenderaan tersebut berada di atas kerusi penumpang hadapan. Hasil semakan mendapati kenderaan itu berkait dengan kes rompakan kedai pajak gadai emas di Pasir Mas sebelum itu," katanya yang telah memanggil mangsa serta beberapa saksi kejadian untuk membantu siasatan dan tindakan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Tangkap layar yang tular di media sosial berhubung kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai pajak gadai yang terletak di Seksyen 1 Jalan Besar, Pasir Mas. - Ihsan pembaca
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.
Pegawai operasi didakwa rompak, cedera warga emas guna kayu besbol
Seorang pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas.
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.
Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris
Kedai Bulgari itu terletak di Place Vendome dan telah menjadi sasaran perompak sebelum ini.
Dua mengaku salah rompak, menyamar polis, heret mangsa guna motosikal
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merompak seorang lelaki dengan mengheretnya menggunakan motosikal dan menyamar sebagai pegawai polis.
Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.
Elak bayar hutang, pelajar kolej buat laporan palsu kononnya dirompak
Remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya.
Rompak RM65 di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara, sebat
Tindakan dua rakan merompak wang tunai RM65 dari sebuah kedai serbaneka membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Lelaki rompak, bakar kedai ditahan
Ketika tangkapan dibuat, suspek telah bertindak agresif dan berlaku pergelutan di antara suspek dan pihak polis.
Dua beradik guna pistol mainan samun kedai 24 jam dicekup
Kegiatan dua beradik yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Kuala Muda sejak tiga minggu lalu akhirnya kecundang apabila mereka dicekup polis.