awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan panggil empat remaja bantu siasatan kes rosakkan harta sekolah

Bernama
Bernama
22/11/2019
16:07 MYT
Polis Kelantan panggil empat remaja bantu siasatan kes rosakkan harta sekolah
Terdahulu, tular di Facebook sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan beberapa remaja yang membaling dan menyepak beberapa kerusi plastik dipercayai berlaku dalam sebuah kelas selepas sesi terakhir sekolah. Foto: Bernama
Polis Kelantan akan memanggil empat remaja bagi membantu siasatan berhubung perbuatan laku musnah terhadap harta benda sebuah sekolah di sini, yang rakaman perbuatan itu tular di media sosial sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Mohd Suhaimi Ali berkata empat remaja berusia 14 tahun itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, susulan laporan polis yang dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah berkenaan petang tadi.
"Ia berhubung tindakan empat remaja itu merosakkan lapan kerusi milik sekolah berkenaan pada pukul 12 tengah hari semalam, sehingga tular di media sosial.
"Kita telah mendapatkan keterangan daripada pentadbiran sekolah berhubung kejadian itu manakala empat remaja berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda yang boleh membawa kepada hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Terdahulu, tular di Facebook sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan beberapa remaja yang membaling dan menyepak beberapa kerusi plastik dipercayai berlaku dalam sebuah kelas selepas sesi terakhir sekolah semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harta benda sekolah
#Kelantan
#polis
#remaja
#Supt Mohd Suhaimi Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan