awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac

Bernama
Bernama
14/04/2023
12:36 MYT
Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac
Muhamad Zaki berkata kesemua individu berkenaan ditahan kerana membawa mercun dan bunga api tanpa sebarang permit daripada pihak polis. - Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan telah merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api di negeri ini bernilai RM217,194 sejak 25 Mac lalu sehingga semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata jumlah berkenaan membabitkan 39 kes serta tangkapan melibatkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.
"Kesemua rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api itu dipercayai untuk jualan sempena Aidilfitri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata kesemua individu berkenaan ditahan kerana membawa mercun dan bunga api tanpa sebarang permit daripada pihak polis.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kecederaan melibatkan mercun dan bunga api.
"Kita akan terus melakukan pemantauan terhadap aktiviti penjualan mercun dan bunga api yang dijual secara terbuka tanpa mendapatkan permit daripada pihak polis terlebih dahulu," katanya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak mereka daripada terlibat dengan urusan jual beli mercun dan bunga api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#mercun
#bunga api
#Muhamad Zaki Harun
#permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan