awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan tahan seorang lelaki miliki pistol

Bernama
Bernama
20/01/2023
08:27 MYT
Polis Kelantan tahan seorang lelaki miliki pistol
Muhamad Zaki berkata suspek disyaki terlibat dalam kumpulan pengedaran dadah yang aktif kerana memiliki pistol. - Fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bersama sepucuk pistol dalam serbuan sempena Op Tapis Khas di sebuah rumah di Kampung Lubok Jambu, di sini pada kira-kira pukul 12.40 tengah malam, Rabu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pistol jenis Retay 84 FS CAL 9MM disyaki buatan USA yang dibalut dengan kertas surat khabar dan plastik cerah itu ditemukan di dalam sebuah Perodua Viva bersama sarung tangan kain kelabu.
"Turut ditemukan di dalam kereta itu adalah satu kotak bertulis "Bullet Master" yang di dalamnya terdapat satu bekas berisi 34 biji peluru serta kertas putih berikat gelang getah mengandungi tiga paket plastik biru berisi pil-pil kemerahan disyaki pil kuda berjumlah 1,200 biji," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut di dalam peti sejuk di rumah terbabit, polis menemukan dua bungkusan plastik mengandungi seberat dua liter berisi cecair disyaki air ketum.
Muhamad Zaki berkata suspek disyaki terlibat dalam kumpulan pengedaran dadah yang aktif kerana memiliki pistol.
Suspek kini direman tujuh hari sehingga 25 Jan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mengulas mengenai Op Tapis Khas, Muhamad Zaki berkata sebanyak 376 pemeriksaan telah dilakukan manakala 289 serbuan dilaksanakan sejak ia mula diadakan pada 17 Jan lalu dengan penglibatan seramai 170 pegawai dan anggota dari Kelantan.
Katanya, operasi tersebut memberi tumpuan khas di kawasan ladang, perumahan, sekatan jalan raya, perkampungan nelayan dan kawasan-kawasan "hotspot" penagih yang mana setakat ini pihaknya berjaya merampas pelbagai dadah bernilai RM135,112.80 dan menyita pelbagai barang bernilai RM98,500.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#miliki pistol
#Polis Kelantan
#op tapis khas
#Lelaki ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan