awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti lelaki bergaduh di Plaza Tol Bukit Tambun

Bernama
Bernama
01/06/2025
15:15 MYT
Polis kenal pasti lelaki bergaduh di Plaza Tol Bukit Tambun
Semalam, media melaporkan polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan membabitkan dua lelaki di plaza tol berkenaan selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial. - Foto tular/Sinar Harian
NIBONG TEBAL: Polis telah mengenal pasti seorang daripada individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Tol Bukit Tambun di sini yang dipercayai berpunca akibat perselisihan faham melibatkan kejadian pelanggaran kenderaan dari belakang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata ketika ini pihaknya sedang berusaha untuk mengesan lelaki tempatan berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugut jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, media melaporkan polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan membabitkan dua lelaki di plaza tol berkenaan selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Video berdurasi 28 saat itu memaparkan pertengkaran antara dua lelaki dengan seorang daripada mereka yang hanya berkain pelekat dan bertopi dilihat cuba menyerang menggunakan senjata sebelum kedua-dua mereka ditenangkan seorang individu yang berada di situ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis kenal pasti
#insiden pergaduhan
#Plaza Tol Bukit Tambun
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan