awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kenal pasti suspek lesapkan RM46,000 milik wanita warga emas

Bernama
Bernama
11/09/2025
14:45 MYT
Polis kenal pasti suspek lesapkan RM46,000 milik wanita warga emas
Shazeli pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Polis Selangor telah mengenal pasti suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pengeluaran wang sebanyak RM46,000 milik seorang wanita warga emas di dua bank di Rawang, dekat sini pada awal September lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata mangsa berusia 70 tahun itu telah dibawa dari Pahang ke Rawang bagi proses pengeluaran wang tersebut.
Beliau berkata suspek dipercayai melakukan perbuatan itu selepas mendakwa mahu menguruskan bantuan kerajaan untuk warga emas berkenaan.
"Suspek terlibat dikatakan telah memanipulasi warga emas itu dengan menipu mangsa.
"Kita telah kenal pasti suspek terbabit dan dalam proses pengesanan mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila dilaporkan hilang pada 3 Sept sebelum ditemukan semula dalam keadaan selamat di Rawang pada keesokannya.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata kejadian berlaku apabila suspek berjaya meyakinkan mangsa untuk membawa buku bank dan dokumen berkaitan serta membawanya dari Bentong ke Rawang.
Yahaya berkata mangsa ditemukan semula oleh anaknya pada keesokan pagi dalam keadaan selamat namun semua wang dalam akaun ibunya didapati hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#detik cemas
#buku bank
#bantuan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan