SEMPORNA: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing bernama Astari bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan bot di perairan Pulau Tatagan dekat sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata lelaki berusia 40 tahun dan beralamat di Kampung Halo di sini dicari susulan penemuan kubur baharu di Tanah Perkuburan Kampung Halo, dipercayai mangsa kejadian letupan bot itu ditanam.
"Mayat itu dipercayai anak kepada Astari dianggarkan berusia 10 tahun yang maut selepas bot meletup dipercayai berpunca daripada bom ikan.
"Pihak polis mendapatkan perintah mahkamah dan proses menggali kubur dijalankan pasukan forensik polis termasuk pasukan perubatan dari Hospital Semporna untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat..
Susulan itu, Mohd Farhan berkata sebarang maklumat berkaitan Astari boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Insp Muhammad Nur Faez Hazreeq Abdullah menerusi talian 019-8139851 atau 089-782020.
Mohd Farhan berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan susulan perkembangan terbaharu kes itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikatakan hilang selepas dipercayai terkena letupan bot itu ditamatkan semalam.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai melaporkan maklumat berkaitan kegiatan bom ikan di daerah ini kerana aktiviti berkenaan merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022

Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing bernama Astari bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan bot di perairan Pulau Tatagan dekat sini pada Selasa lepas.

MyCare | Sasar kutipan RM4 juta bantu Syria, Yaman dan Afghanistan
Humanitarian Care Malaysia Bhd (MyCare) menyasarkan kutipan sebanyak 4 juta ringgit bagi kempen bantuan kemanusiaan Syria, Yaman dan Afghanistan, yang dijangka bermula bulan depan. Ahli Pemegang Amanah MyCare Johor, Dr Mohd Zin Kandar berkata, hasil kutipan itu akan disalurkan kepada usaha pembangunan pendidikan bagi anak-anak pelarian di tiga negara terbabit.

Feri Karam | 26 dilaporkan hilang di luar pantai Indonesia
Dua puluh enam orang dilaporkan hilang pada Sabtu selepas sebuah feri kehabisan minyak dan karam dalam cuaca buruk di luar pantai Indonesia. Agensi mencari dan menyelamat negara itu berkata, kapal itu membawa 43 orang ketika ia terbalik Khamis lalu di Selat Makassar, laut yang memisahkan Pulau Sulawesi dan Borneo.

Kanak-Kanak Hilang | Bapa percaya anaknya masih hidup
Bapa kepada kanak-kanak perempuan tiga tahun yang dipercayai hilang ketika jamuan rumah terbuka di rumah rakit di Bukit Rangin Kuantan, percaya anak tunggalnya itu masih hidup. Muhammad Sukri Ali berkata, nalurinya kuat mengatakan anaknya, Siti Nur Athhiyya Soffea atau dipanggil Tiya, masih berada di daratan dan bukan jatuh ke dalam sungai berhampiran rumah rakit miliknya.

HAWANA 2022 | Sambutan meraikan pengamal media buka tirai
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 bagi mengiktiraf sumbangan petugas media dalam membantu membangun dan mengukuhkan perpaduan negara, membuka tirai pada Sabtu. Bertemakan 'suara jelata, aspirasi negara' petugas media dirai pada majlis makan malam anjuran kerajaan negeri yang dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Alor Gajah.

Persenda Agama | Trend ‘jemaah’ dengan kipas diselar
Umat Islam diingatkan tidak melakukan perkara yang dilihat mempersendakan agama termasuk seperti merakam video dengan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, sekiranya perbuatan berkenaan dikesan berlaku, masyarakat diminta melaporkan kepada agensi penguatkuasa agama supaya tindakan susulan boleh diambil.

Keluar Bersatu | Ahmad Maslan jangan rasa besar sangat – Hamzah
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk tidak bercakap besar atau membuat kenyataan yang bersifat 'mengadu domba'. Ia selepas Ahmad menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia semakin lemah susulan tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Hamzah berkata, Bersatu merupakan parti yang kuat dan mempunyai wakil dalam Kabinet.

Pemilihan PKR 2022 | Semua calon perlu terima keputusan dengan hati terbuka
Semua calon yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, diminta menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka. Presiden PKR yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membina semula kekuatan parti berkenaan.

Duta Besar Malaysia | Kritikan berbentuk peribadi sikap tak profesional – Tajuddin
Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia baru-baru ini mendapat pelbagai maklum balas daripada beberapa pihak. Tidak terkecuali yang mempertikaikan kebolehan serta kelayakan Ahli Parlimen Pasir Salak itu, malah ada juga pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur serangan peribadi kepadanya.

Mati Lemas | Kakitangan MBSA lemas ketika selam skuba
Seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor ditemui lemas semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun, pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, bersama dua lagi rakannya serta beberapa penyelam lain dipercayai mula melakukan aktiviti tersebut pada 9.25 pagi.

Tenaga Kerja | Polisi tenaga kerja lebih segar diperlukan
Majikan-majikan di negara ini memerlukan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi dan berpengetahuan untuk meningkatkan produktiviti negara, kata Pengasas Gig X Global, Shareen Shariza Abdul Ghani.

Polis kesan Astari bantu siasatan kes bot meletup di Semporna
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing bernama Astari bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan bot di perairan Pulau Tatagan dekat sini pada Selasa lepas.