KULAI: Dua gadis dilaporkan hilang dalam dua kes berasingan di Taman Putri di sini selepas masing-masing tidak pulang ke rumah sejak Mac dan awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, remaja perempuan pertama, Nur Diana Mohammad Rizal, 19, yang tinggal di tingkat tiga, Blok 10, taman itu, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 17 Mac lalu.
"Remaja berkenaan sebelum itu meminta izin untuk pergi ke rumah bapa saudaranya di tingkat 11, blok yang sama di taman berkenaan.
"Ibu gadis itu menghubungi anaknya untuk bertanyakan bila dia mahu balik dan remaja terbabit memberitahu akan balik sebentar lagi.
"Selepas itu ibunya cuba menghubungi anaknya lagi namun gagal.
"Pada jam 8.30 malam, ibunya menerima pesanan ringkas daripada anaknya yang menyatakan dia berada dalam keadaan selamat dan jangan bimbang akan keselamatan dirinya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beng Yeow berkata, sehingga laporan polis dibuat, remaja tersebut masih belum pulang dan ibunya sudah berusaha mencari serta mengesan gadis itu di merata tempat namun gagal.
Jelasnya, mangsa hilang itu memiliki ketinggian 1.56 meter, mempunyai bentuk badan kurus, muka bulat, hidung mancung, berambut panjang perang dan lurus serta berkulit kuning langsat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi Balai Polis Kulai menerusi talian 07-6632222 sambungan 6419 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Aspar Satari menerusi talian 019-7736485," katanya.
Beng Yeo berkata, seorang lagi gadis, Norpreeta Muhammad, 18, dilaporkan hilang pada 11 Jun lalu ketika dia bersama-sama keluarganya berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Jalan Sri Putri 2/9, taman itu.
"Ibu dan keluarganya telah pergi ke rumah kakaknya bagi menghadiri majlis perkahwinan. Selepas itu, anak perempuan pengadu telah keluar dari rumah dengan membawa kad pengenalannya dan pengadu tidak pasti ke mana arah tujunya.
"Ibunya cuba menghubungi remaja berusia 18 tahun itu tetapi gagal dihubungi.
"Sehingga laporan polis dibuat, remaja perempuan terbabit masih belum pulang," katanya yang turut memaklumkan alamat Norpreeta adalah di Rumah Pangsa Damai Tropicana Selatan, Petaling Jaya, Selangor.
Ujarnya, mangsa mempunyai ketinggian 1.67 meter, bentuk badan kurus, muka bulat, hidung mancung dan bertindik sebelah kanan, rambut hitam panjang lurus dan berkulit kuning langsat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi Balai Polis Kulai menerusi talian 07-6632222 sambungan 6419 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Jaafar Wahab menerusi talian 017-7974026," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 23 2022
Nur Diana hilang semasa berkunjung ke rumah bapa saudaranya di Taman Putri, Kulai, pada 17 Mac lalu. -Foto Sinar Harian
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Polis kesan dua gadis hilang di Taman Putri
Remaja berkenaan sebelum itu meminta izin untuk pergi ke rumah bapa saudaranya di tingkat 11, blok yang sama di taman berkenaan.