awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu bantu siasatan kemalangan maut di Serendah

Bernama
Bernama
26/10/2023
16:40 MYT
Polis kesan pemandu bantu siasatan kemalangan maut di Serendah
JBPM Selangor memaklumkan tiga yang maut dalam kemalangan itu dikenali sebagai Rosihat Lemon, Chan Kwai Hoong dan Soo Yoke Siew. - Gambar Bomba Selangor
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang pemandu bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Serendah Golf Resort yang mengorbankan tiga nyawa pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan berkata ketika kejadian pada 10.55 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Wira dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya menyebabkan kereta Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak, namun melanggar bahagian kanan kereta Proton Wira tersebut.
Beliau berkata kereta Perodua Axia berkenaan berpusing sebelum kenderaan jenis Toyata Avanza yang datang dari arah belakang melanggar kereta berkenaan.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan polis.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan tiga yang maut dalam kemalangan itu dikenali sebagai Rosihat Lemon, 68; Chan Kwai Hoong, 62, dan Soo Yoke Siew, 53.
Sementara itu, anak lelaki Rosihat, Ahmad Hesyamy Rosihat, 41, ketika ditemui Bernama di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu dekat sini berkata bapanya sedang dalam perjalanan pulang ke Batang Kali dari Klinik Kesihatan Serendah setelah menemani ibunya membuat pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata ibunya Azizah Alikin, 66, yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#pemeriksaan kesihatan
#kecederaan parah
#perjalanan pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan