awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal

Bernama
Bernama
05/04/2022
12:18 MYT
Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal
Abd Jalil berkata ia adalah proses bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata ia adalah proses bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat.
"Selain itu, polis juga sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung kes ini daripada laporan-laporan yang lama dan saya enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kes membabitkan pendakwah berkenaan.
Pada Feb lepas, Ebit Irawan mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkait gangguan seksual di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah.
Mahkamah membenarkan Ebit Irawan dilepaskan dengan jaminan RM1,000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin sementara perbicaraan kes dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#pendakwah terkenal
#gangguan seksual
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan