awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam maut dalam kebakaran pusat beli-belah Karachi
Ahli politik Jerman gesa tentera AS keluar susulan kenyataan Trump mengenai tarif
Kanak-kanak lelaki 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan suspek terbabit kes bunuh di Ipoh

Bernama
Bernama
27/08/2025
15:15 MYT
Polis kesan suspek terbabit kes bunuh di Ipoh
Abang Zainal Abidin berkata pihaknya telah mengenal pasti pemilik dan pemandu sebuah lori bonded atau tertutup yang terbabit dengan kes itu. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan Horley dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya telah mengenal pasti pemilik dan pemandu sebuah lori bonded atau tertutup yang terbabit dengan kes itu.
"Kejadian disedari kira-kira 6 pagi tadi apabila seorang pekerja hotel memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan seorang lelaki yang lengkap berpakaian terbaring di lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang badan, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan yang dijalankan pada rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dikejar sebuah lori bonded berwarna putih sebelum berlaku pergelutan dengan suspek pada 4.24 pagi.
Abang Zainal Abidin berkata mangsa kemudiannya jatuh di hadapan kenderaan itu sebelum digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian.
Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan dada akibat perlanggaran jalan raya.
Menurut Abang Zainal Abidin, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mahani Mohammed di talian 019-261 8221 atau hadir ke balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCTV
#bedah siasat
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Jabatan Forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan