awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan waris mayat wanita tanpa identiti di Teluk Intan

Bernama
Bernama
05/02/2024
15:44 MYT
Polis kesan waris mayat wanita tanpa identiti di Teluk Intan
Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk, di Teluk Intan, bulan lepas, dipercayai dibunuh.
IPOH: Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk, di Teluk Intan, bulan lepas, dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 10.30 malam pada 24 Jan mengenai penemuan mayat wanita berkenaan.
"Identiti dan bangsa mayat yang ditemui tanpa pakaian belum dikenal pasti dan mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna.
"Wanita itu dianggarkan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun, badan berisi, mempunyai ketuat pada kelopak mata kiri, lubang anting-anting pada kedua-dua belah telinga, beberapa gigi belakang sudah tiada dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 135 sentimeter," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hafezul Helmi berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Teuk Intan mendapati punca kematian disebabkan oleh pelbagai kecederaan tumpul pada tubuh badan mangsa.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu atau orang hilang boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Hamzanni Adul Ghani di talian 019-5732880.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat wanita tanpa identiti
#Sungai Kinta
#Jeti Matang Pelanduk
#Polis Daerah Perak Tengah
#dibunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan