Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Ops Cantas Khas Wanita yang dikendalikan pegawai dan anggota polis wanita bagi mendekati golongan pelajar sekolah menengah dan suri rumah daripada dipengaruhi anasir kongsi gelap.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Abd Jalil Hasan berkata Ops Cantas Khas Wanita itu dilancar semalam di seluruh Lembah Klang, bagi memudahkan polis mendekati golongan pelajar sekali gus membanteras pengaruh kongsi gelap.
Beliau berkata terdapat maklumat mengenai cubaan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menyertai mereka dengan menawarkan habuan berupa wang ringgit.
"Kita terima maklumat ada cubaan kongsi gelap seperti geng 36, 08 dan 04 untuk rekrut ahli baharu terutama budak sekolah, jadi kita cantas awal," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Ops Cantas Khas Wanita di Jalan Rejang, Wangsa Maju, di sini hari ini.
Abd Jalil berkata selain itu pegawai dan anggota polis wanita itu juga turut berperanan mendekati golongan suri rumah serta memberi penerangan mengenai langkah pencegahan jenayah dan keselamatan.
Beliau berkata buat permulaan Ops Cantas Khas Wanita ini hanya diperkenalkan di sekitar Lembah Klang sebelum ia diperluaskan ke kawasan kontinjen negeri.
Menurut Abd Jalil, Ops Cantas Khas wanita ini juga akan beroperasi di sebelah siang dengan memberi fokus kawasan sekitar perumahan dan sekolah menengah yang berpotensi menjadi sasaran kongsi gelap.
"Saya amat berpuas hati selepas Ops Cantas dilancarkan 17 Ogos lepas, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah kekerasan sebanyak sembilan peratus manakala penurunan enam peratus bagi jenayah harta benda. Ini sesuatu yang membanggakan," katanya.
Ditanya mengenai tangkapan membabitkan pelajar sekolah menengah dalam Ops Cantas Khas sejak ia dilancar 53 hari lalu, Abd Jalil berkata terdapat beberapa pelajar yang telah ditahan dan kes dirujuk kepada pihak sekolah dan ibu bapa.
Beliau berkata penglibatan ibu bapa dan guru perlu digembleng bersama-sama bagi memantau pergerakan anak-anak mereka daripada terlibat dengan aktiviti kongsi gelap.
Bernama
Tue Oct 08 2013
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis
Salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.
Kerap menangis: Tergamak bapa gigit kepala, lambung bayi sampai lebam
Seorang bapa tergamak menggigit bahagian kepala bayinya berusia 20 hari yang kerap menangis dalam kejadian di Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Miliki sepucuk pistol dan 32 peluru, juruhebah radio popular ditahan polis
Seorang juruhebah radio ditahan polis bersama sepucuk pistol dan 32 peluru dalam satu pemeriksaan Ops Cantas di KM28, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, semalam.
2 lelaki disyaki terlibat kes culik, ugutan jenayah ditahan polis
Kedua-dua lelaki yang berusia 26 dan 29 tahun itu ditahan menerusi tiga serbuan.
Ops Cantas akan tetap diteruskan - Ketua Polis Negara
Ops Cantas akan tetap diteruskan, bagi memastikan jenayah berat yang berlaku dapat dikekang secara menyeluruh.
Penjenayah yang ditembak di Perak dan KL bukan geng yang sama - KPN
Berdasarkan siasatan awal, tiga lelaki yang ditembak mati di Ipoh merupakan anggota geng kongsi gelap yang aktif menyamun kedai emas di sekitar Perak.
Polis lancar Ops Cantas Khas Wanita, tumpu pelajar dan suri rumah
Ops Cantas Khas Wanita itu dilancar semalam di seluruh Lembah Klang, bagi memudahkan polis mendekati golongan pelajar sekali gus membanteras pengaruh kongsi gelap.
Ops Cantas: 14,511 anggota kumpulan kongsi gelap dan samseng telah ditahan
Sehingga semalam seramai 380,343 diperiksa dalam Ops Cantas yang mula dilaksanakan pada 17 Ogos lalu.
Ops Cantas khas besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia antara lain bertujuan membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.
Polis dedah barangan rampasan dari kumpulan kongsi gelap
Polis mendedahkan dan mempamerkan barang-barang yang dirampas dari kumpulan kongsi gelap sekitar Kuala Lumpur bersempena dengan Ops Cantas.