awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi berita tular anggota polis meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/04/2021
07:21 MYT
Polis nafi berita tular anggota polis meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19
Mohd Zaid Hassan meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga mencetus keresahan.
KAJANG : Polis menafikan maklumat tular menerusi media sosial kononnya seorang anggota pasukan itu meninggal dunia selepas mengambil suntikan kedua vaksin COVID-19.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya masih lagi menunggu siasatan dan hasil keputusan bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Kajang.
"Maklumat itu tidak betul, pihak kami sedang menyiasat berita palsu ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Sehubungan itu, Mohd Zaid meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga mencetus keresahan.
"Saya menyarankan kepada semua di luar sana agar tidak membuat spekulasi yang tidak benar berkenaan maklumat ini yang boleh meresahkan orang ramai," ujarnya.
Topic Berkaitan
#vaksin
#anggota polis
#meninggal dunia
#bedah siasat
#Hospital Kajang
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#IPD Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan