awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi dakwaan culik, nota suara pernah tular 2019

Bernama
Bernama
17/03/2022
13:13 MYT
Polis nafi dakwaan culik, nota suara pernah tular 2019
Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sedemikian yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menafikan terdapat kejadian penculikan, pembunuhan serta pengambilan organ dalaman kanak-kanak di negeri ini seperti nota suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook, hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan mendapati nota suara yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di Kahang, Kluang, Mersing dan Masai itu merupakan audio lama yang pernah tular pada 2019.
"Perbuatan (penyebaran nota suara) tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.
"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sedemikian yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis johor
#culik
#curi organ
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan