awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kerajaan Perpaduan berpotensi besar kekal satu lagi penggal - Merdeka Centre
MALAYSIA
Ukraine rayu Malaysia perkukuh bantuan kemanusiaan
DUNIA
Peguam khas mohon waran tangkap terhadap bekas presiden Korea Selatan Yoon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi

Bernama
Bernama
30/11/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiada kejadian tembak membabitkan pihak polis dan penjenayah di sebuah kawasan perumahan di Ampang, di sini, malam tadi, seperti ditularkan menerusi media sosial.

Ringkasan AI
  • Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail, mengesahkan tiada kejadian tembak membabitkan polis dan penjenayah di kawasan perumahan di Ampang, seperti yang ditularkan di media sosial.
  • Terdapat insiden melibatkan kereta peronda polis mengejar sebuah kereta disyaki pesalah jenayah pada kira-kira jam 10 malam, dan kereta tersebut berjaya ditahan tanpa sebarang tembakan.
  • Seorang pengguna TikTok memuat naik video mendakwa berlaku kejadian tembak dengan enam das tembakan dilepaskan, namun dakwaan tersebut adalah tidak benar dan video tersebut telah dipadam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, sememangnya terdapat insiden melibatkan sebuah kereta peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta disyaki pesalah jenayah di lokasi berkenaan, kira-kira 10 malam tadi.
"Kereta terbabit berjaya ditahan dan disahkan tiada kejadian tembakan sebagaimana dihebahkan di media sosial," katanya menambah maklumat penuh kejadian akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Terdahulu, seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video yang sempat menerima 1,492 tanda suka dan 47 komen berkaitan kejadian tangkapan itu dan mendakwa berlaku kejadian tembak membabitkan polis dan penjenayah sebelum memadam hantaran terbabit.
Individu dalam rakaman video itu turut mendakwa terdapat enam das tembakan dilepaskan dan dua suspek melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang Jaya
#tembak
#kawasan perumahan
#ACP Mohd Azam Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami