BATU PAHAT: Polis percaya ibu tunggal yang dilaporkan hilang sebelum ini Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella masih berada di negara ini susulan tiada rekod mangsa ke luar negara.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata terkini, polis telah melakukan dua lagi tangkapan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik bagi membantu siasatan kes itu, namun enggan mengulas lanjut.
"Buat masa ini, kita masih lagi membuat siasatan ... penemuan terbaharu dua tangkapan, masih dalam tahanan reman, siapa (suspek) saya rahsiakan ... saya tidak boleh perincikan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Sri Gading di sini hari ini.
Sebelum ini, ibu tunggal kepada dua anak itu dilaporkan hilang setelah gagal dihubungi pada 14 Dis lepas sebelum laporan polis dibuat dua kali oleh ahli keluarganya pada 16 dan 18 Dis 2023.
Bella turut dikatakan menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam dengan hanya berbaju kelawar untuk ke kedai dobi berhampiran, bagaimanapun kelibat wanita itu tidak lagi kelihatan.
Setakat ini, lima individu telah diambil keterangan termasuk teman lelaki Bella yang berumur 24 tahun dan ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 Dis, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata Balai Polis Sri Gading dan enam unit kediaman itu mula dibina pada 1919 sebelum dirobohkan pada 2003 dan dibina semula serta beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Kamarul Zaman Mamat berkata terkini, polis telah melakukan dua lagi tangkapan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik bagi membantu siasatan kes itu, namun enggan mengulas lanjut. - Gambar fail/Bernama
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
Janda dibunuh selepas tolak lamaran teman lelaki
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tikaman dan mayatnya ditemui di tempat kejadian di bandar Bengaluru pada Sabtu lalu.
Wanita, teman lelaki didakwa abai anak sampai mati
Tertuduh, Noraini Haron, 42, dan Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, membuat pengakuan itu di hadapan hakim selepas pertuduhan dibacakan.
Kakak Bella gagal kawal emosi sebaik lihat wajah tertuduh
Kakak kepada Mila Sharmila Samsusah atau Bella, Norhisham, 36, tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Polis percaya Bella masih berada di Malaysia
Polis percaya ibu tunggal yang dilaporkan hilang sebelum ini Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella masih berada di negara ini susulan tiada rekod mangsa ke luar negara.
Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis
Lelaki berusia 24 tahun itu yang bekerja di sebuah syarikat kurier direman sejak 25 Dis mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana culik.
Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Polis menahan seorang kelindan lori kerana disyaki memukul dan menyamun bekas kekasihnya dalam kejadian di Ampang, Khamis lepas.
Bunuh anak: Ibu dan teman lelaki didakwa
Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun, bulan lepas.
Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan
Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu dibahagian bibir dan muka dan telah dirujuk ke HSA bagi mendapat rawatan lanjut.
Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak berusia 9 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.
Kes kanak-kanak 9 tahun maut ada unsur dera, ibu, teman lelaki ditahan
Polis menahan ibu kepada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang ditemukan maut di Asam Kumbang, di sini, pada Ahad.