awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis perlu masa kenal pasti identiti suspek kelar kanak-kanak perempuan

Bernama
Bernama
01/06/2014
23:39 MYT
Polis perlu masa kenal pasti identiti suspek kelar kanak-kanak perempuan
Mayat suspek ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway
Polis memerlukan sedikit masa bagi mengenal pasti identiti suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan pada Khamis malam lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata pengesanan atau pemeriksaan ke atas cap jari suspek lelaki itu tidak dapat dijalankan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Pusat Pendaftaran Jenayah kerana hari ini masih cuti hujung minggu.
"Pihak polis juga masih menunggu keputusan atau laporan bedah siasat. Pada peringkat ini, diharap media faham dengan situasi yang dihadapi pihak polis supaya tidak berlaku kesilapan fakta yang boleh menjejaskan hala tuju siasatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau juga berkata pihaknya belum mengenal pasti motif sebenar pembunuhan kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu.
“Siasatan polis akan mencakupi semua sudut, termasuk merekodkan rakaman percakapan kedua ibu bapa dan mereka yang mengenali keluarga mangsa," katanya.
Dalam kejadian pada kira-kira 9 malam itu, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini.
Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa, dan apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai.
Semalam, suspek lelaki itu ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang.
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang memaklumkannya kepada polis.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak perempuan
#kelar
#sungai klang
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan