BAGAN SERAI: Polis telah menggempur sebuah lokasi yang didakwa menjadi penempatan etnik Rohingya di Kampung Parit Haji Ali di sini.
Operasi bersepadu itu dijalankan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1, Jabatan Imigresen, Pejabat Agama daerah Kerian, Pejabat Tanah dan Daerah serta Majlis Daerah Kerian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, operasi digerakkan selepas mengesan satu video tular di media sosial mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik tersebut ke kawasan itu, pada 12 Disember lalu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 14 rumah terlibat di penempatan itu dan polis turut menahan 19 warga Myanmar bersama seorang warga tempatan yang berada di situ.
"Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk pemeriksaan lanjut.
"Didapati, 18 daripada warga asing itu merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), mereka telah dibebaskan tanpa syarat," katanya dalam kenyataan kepada pemberita pada Khamis.
Beliau berkata, seorang lagi warga Myanmar yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan telah ditangkap di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen.
Katanya, lelaki warga tempatan yang turut ditahan pula ditangkap untuk siasatan lanjut atas kesalahan memiliki dadah.
"Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan kegusaran awam.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan secara terus ke balai polis berhampiran atau IPD Kerian di talian 05-7212222," katanya.
Sebuah akhbar melaporkan, penduduk di Kampung Parit Haji Ali kurang senang dengan kehadiran etnik Rohingya yang semakin ramai.
Mereka mendakwa, dianggarkan terdapat 30 keluarga etnik tersebut dengan sebahagian besar memegang kad UNHCR tinggal di kawasan itu dengan menyewa rumah penduduk. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 22 2023
Polis turut menahan 19 warga Myanmar bersama seorang warga tempatan yang berada di situ dan membawa mereka ke IPD Kerian untuk pemeriksaan lanjut. - Foto Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku/Sinar Harian
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Dua beranak melecur disimbah petrol, dibakar di Cheras
Dua beranak melecur selepas dua lelaki warga asing menyimbah petrol dan membakar mereka di padang permainan, Kampung Baru Cheras, di sini, Sabtu lalu.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Dua lelaki Rohingya lolos depot tahanan dicekup selepas solat Subuh
Curiga dengan keadaan mereka yang berpakaian lusuh, penduduk terus menahan dan menghubungi pihak polis.
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan
Kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh berlaku di sebuah kem di tenggara Bangladesh.
UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.
Polis, PGA gempur kawasan penempatan Rohingya
Operasi digerakkan selepas mengesan video tular mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik tersebut pada 12 Dis lalu.
Empat beradik termasuk bayi ditemui terabai, ditinggal sendirian
Pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia perlu batalkan lima reservasi dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak - Pesuruhjaya Suhakam
Malaysia perlu membatalkan kesemua lima reservasi yang masih terpakai terhadap Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC).