awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pulau Pinang tahan 32 bookie Piala Dunia Qatar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/12/2022
11:59 MYT
Polis Pulau Pinang tahan 32 bookie Piala Dunia Qatar
Mohd Shuhaily berkata, 28 lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga asing ditahan sepasukan polis dalam 19 serbuan berasingan. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Sejumlah 32 individu disyaki bookie pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 ditahan, sekitar Pulau Pinang antara 19 November hingga 14 Disember.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua individu terdiri daripada 28 lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga asing ditahan sepasukan polis dalam 19 serbuan berasingan menerusi Op Soga IX yang dilancarkan.
Mohd Shuhaily berkata, operasi tersebut dijalankan bagi mengekang sebarang aktiviti perjudian dan pertaruhan sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.
Dalam serbuan itu, pihak polis merampas wang tunai RM64,873, 26 unit telefon bimbit termasuk kad SIM, sebuah komputer riba, seunit modem dan tujuh kertas catitan.
"Kita komited membanteras kegiatan perjudian ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu terlibat dalam menganjurkan dan menjalankan aktiviti pertaruhan haram berlandaskan undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4 (1) (d) Akta Pertaruhan 1953.
Polis juga memohon kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan pertaruhan bola sepak melalui hotline Bilik Gerakan Polis Pulau Pinang menerusi talian 04- 2221522 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#perjudian
#pertaruhan
#bookie
#Piala Dunia
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan