awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan Abdul Hadi esok

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2023
11:08 MYT
Polis rakam keterangan Abdul Hadi esok
Polis akan merekod keterangan Abdul Hadi Awang pada Isnin berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya minggu lalu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis akan merekod keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Isnin berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar di Johor minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai khas Abdul Hadi memaklumkan pemimpin itu masih dalam rawatan kesihatan.
"Tarikh baharu diberikan kepada beliau (Abdul Hadi) pada 4 September jam 9.30 pagi.
"Keterangan Abdul Hadi akan direkod oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya kepada Sinar Harian.
Pada 28 Ogos lalu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.
Pada Ahad, Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin mempersoalkan tindakan Abdul Hadi yang didakwa cuba berbohong bagi mengelakkan dirinya disiasat pihak polis.
Ia berikutan Abdul Hadi bersama empat Menteri Besar dari Pas serta setiausaha agungnya melakukan kunjungan ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Rakam keterangan
#Razarudin Husain
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan