awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas

Bernama
Bernama
22/07/2024
15:39 MYT
Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas
Yahaya berkata suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah semasa ditahan dalam operasi kira-kira pukul 12.20 tengah hari. - Gambar fail/BERNAMA
BENTONG: Polis menahan seorang lelaki selepas menemukan dadah disyaki syabu seberat lebih 21 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM697,717 di dalam keretanya di kawasan tempat letak kereta Rehat & Rawat (R&R) Genting Sempah, di sini Khamis lepas
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek berumur 34 tahun yang bekerja sebagai mekanik serta menjual alat ganti kenderaan itu dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah semasa ditahan dalam operasi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta jenis Honda Jazz dipandu suspek, polis menjumpai 20 paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu yang diletakkan dalam beg hitam di bahagian tempat duduk penumpang belakang.
"Susulan itu polis kemudiannya menyerbu rumah suspek di Lembah Klang dan menyita sebuah motosikal Vespa Sprint 150 ABS bernilai RM20,000, menjadikan keseluruhan nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM717,788," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu Yahaya berkata polis belum menemui sebarang petunjuk berkaitan kehilangan seorang pelajar Nur Aina Faqihah Sharizan,17, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di sini sejak 15 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis rampas
#Syabu
#genting sempah
#Polis Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan