awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000

Bernama
Bernama
30/01/2025
14:48 MYT
Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Yusharifuddin berkata rampasan dan tangkapan ke atas lelaki berusia 33 tahun itu dilakukan sepasukan anggota yang bertindak atas penugasan Op Limau/Kontraban pada pukul 10 malam. - Gambar hiasan/PDRM
KANGAR: Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata rampasan dan tangkapan ke atas lelaki berusia 33 tahun itu dilakukan sepasukan anggota yang bertindak atas penugasan Op Limau/Kontraban pada pukul 10 malam.
"Polis membuat pemeriksaan menyeluruh di atas meja dan sekitar gerai di hadapan dewan bersebelahan tokong sayur dan hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis mercun serta bunga api yang dipercayai dimiliki tanpa permit.
"Lelaki yang bertindak sebagai penjaga gerai ini ditahan dan kesemua barang kes dirampas untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai merakamkan keterangan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#mercun
#serbuan
#penjaga gerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan